Story Best !


Tuesday, January 11, 2011

Facebook Ditutup Pada 15 Mac 2011 ! Confirm ?

FACEBOOK TIDAK DITUTUP ! BACA SAMPAI HABIS !

Sekarang ni kecoh betul tentang penutupan Facebook . Kalau tak silap Amim , tahun lepas pun Amim ade dengar gak tentang Facebook ni nak ditutup pada 15 Mac 2010 ? Tapi boleh je akses sampai sekarang ? Bila masuk 2011 pulak , cerita yang sama lagi ? Adakah 2012 nanti pun akan ada berita macam ni jugak ? Facebook akan ditutup 15 Mac 2012 ? Haissh !


Sebuah laman web, Weekly World News (WWN) telah menulis sebuah laporan mengenai penutupan Facebook pada 15hb Mac 2011 nanti. Mark Zuckerberg mengatakan beliau amat tertekan mengurus Facebook dan mahukan kehidupan seperti dahulu (sebelum sibuk).


Sebahagian berita itu adalah seperti berikut:

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Sumber: http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/


Cuba kita fikirkan secara logik ! Facebook tidak akan ditutup begitu sahaja kerana:

1. Tiada pengumuman rasmi oleh pihak Facebook seperti melalui blog mereka. Ini adalah saluran paling rasmi dan boleh dipercayai.

2. FB bukan hanya milik Mark sahaja, tetapi beliau juga mempunyai rakan-rakan niaga dan juga pelabur (funder). Untuk menutup perniagaan FB, Mark perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak tersebut. Malah perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Ia tidak semudah itu kerana keputusan bukan hanya di tangan Mark sahaja.

3. Jika Mark mahu berhenti daripada tekanan kerja, beliau tidak perlu menutup FB, sebaliknya hanya cukup menarik diri (meletak jawatan) dari Facebook. Kemudian tetap mempunyai Share (pegangan saham) di mana walaupun beliau tidak bekerja, beliau tetap akan mendapat berjuta-juta USD.

4. Perniagaan Facebook bernilai billion ringgit (USD). Mana mungkin bisnes ini ditutup begitu sahaja. Jadi ia tidak perlu ditutup, sebaliknya pegangan saham oleh Mark boleh dijual atau dikurangkan jika benar dirinya tidak mahu melibatkan diri lagi.

5. FB dah membesarkan pengaruh diorang ke seluruh dunia. Mana taknya , sekarang ni kebanyakan website menggunakan FB sebagai alternatif untuk login . Sebagai contoh , jika korang tak de akaun Youtube , boleh login je pakai FB kan ! So , cuba fikir balik , apa jadi kalau FB ditutup ??


Pelajaran: Elakkan diri mudah mempercayai berita daripada sumber ketiga, lagi-lagi pihak itu tiada kredibiliti. Dalam kes ini, pihak WWN adalah tidak kredibel kerana mereka memang suka mereka-reka cerita sensasi.


Jawapannya adakah Facebook betul2 ditutup ? Tengok lah sendiri kat bawah ni ye !!


Klik gambar kat atas untuk besarkan.
http://www.facebook.com/facebook

Facebook sendiri pun malas nak layan dengan berita2 ni ..... Tapi satu dunia tengah bising ...


.

Cerita Lain :

Komen Menggunakan Facebook


8 comments:

Lagi Cerita Menarik :

Copyright Amim Blog