Story Best !


Monday, February 7, 2011

Genap Setahun Mama Tinggalkan Kami

07 Februari 2011 - Sudah setahun berlalu mama tinggalkan Amim sekeluarga . Rasa macam baru je . Hemmm . Bestnya la kalau mama ada lagi ..................................... :(
Kenapa laa mama pergi cepat sangat ........






07 Februari 2011



Memang banyak perbezaan selepas ketiadaan mama . Macam2 perbezaan dalam hidup kitorang sekeluarga sekarang ni . Yang paling ketara , perbezaan dari segi pemakanan yang memang tak terjaga . Cuma kesian ngan abah je la .. Waktu makan abah tak terjaga . Kitorang tak kisah kalau makan tak terjaga pun ..

Ape yang menyedihkan masa tahun lepas, tarikh mama pergi ialah 7 Februari . Dan Hari Lahir Abah pulak 11 Februari . Haish . Dekat je ngan tarikh lahir abah .

Yang paling Amim sedih , time mama 'pergi' tahun lepas , tak sempat mama nak sambut ulangtahun hari lahir abah yang ke 44-tahun pada 11 februari tu. Tapi yang paling menyedihkan lagi , bila Abah terjumpa satu bungkusan hadiah kat belakang pintu biliknya .

Rupa-rupanya Mama dah sediakan hadiah untuk hari lahir abah .. Mama dah bungkuskan siap2 dah hadiah untuk abah rupanya . Cuma mama 'pergi' awal sangat , tak sempat nak bagi hadiah tu kat abah . Memang sedih bila kitorang semua nampak hadiah tu dah tersedia kat belakang pintu masa kitorang kemas2 .

Apa2 pun Amim harap mama bahagia disana bersama2 dengan mereka yang beriman .. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan mama disana . Al-Fatihah ...


>> Surat Untuk Mama <<


.

Cerita Lain :

Komen Menggunakan Facebook


7 comments:

Lagi Cerita Menarik :

Copyright Amim Blog