Story Best !


Monday, September 26, 2011

10 Penyebab Keracunan Makanan

Keracunan makanan memang kerap berlaku. Salah satu mekungkinannya mungkin akibat daripada makan makanan yang tercemar atau yang kurang masak.  Banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan korang cirit-birit, sakit perut atau penyakit-penyakit yang lain.


Untuk pengetahuan korang, saya dapat artikel ni dari email. Dan oleh kerana saya rasa artikel ni bagus untuk di share, jadinya saya salin dan olah semula artikel ini untuk korang baca. Mungkin ianya bermanfaat untuk korang semua..

Antara penyebab atau punca keracunan makanan seperti di bawah :

Sayur-sayuran hijau. Memang sayur banyak manfaat dan sangat digallakkan untuk dimakan sebab banyak memberi nutrien dalam badan. Tapi kalau sayur-sayur itu tercemar, mungkin akan mendatangkan keburukan. Selalunya tercemar daripada najis, air kotor ketika membasuh sayur atau tangan peniaga kedai makan yang kotor. Jadinya untuk mengelakkan perkara ni berlaku, pastikan korang cuci tangan sebelum memasak, gunakan air yang bersih dan peralatan dapur yang bersih ok. ;)

Telur. Oh.. Telur ni antara makanan kegemaran saya. Huhu. Kalau nak tau, bakteria senang sangat membiak dalam telur, terutamanya Salmonella sp. yang menyebabkan cirit-birit. Kalau boleh elakkan daripada memakan telur secara mentah. (saya selalu makan telur separuh masak..).. Mungkin kena kurangkan makan telur separuh masak..


Ikan tuna senang tercemar dengan scombrotoxin yang menyebabkan panas badan, sakit kepala dan kejang otot. Ikan tuna yang telah ditangkap dan jika tak disimpan dalam peti sejuk untuk jangka masa yang lama, mungkin akan menghasilkan toxin yang mana tidak boleh dihapuskan walaupun ikan tuna itu dimasak.

Tiram. Tiram tinggal didasar laut dan makan secara ‘filter’. Jika air yang di ‘filter’ tercemar, maka tiram pun akan turut tercemar. Keburukan yang akan menimpa akan terjadi sekiranya ia dihidangkan mentah atau tidak cukup masak. Ramai yang suka makan tiram secara kurang masak. Harap lepas ni korang makan yang dah betul2 masak ok. Saya tak makan tiram.. ^^

Kentang. Kentang yang dimakan sebagai side dish boleh menyebabkan sakit perut. Semuanya disebabkan oleh bakteria yang dipindahkan daripada pekebun yang tidak menjaga kebersihan.

Keju. Keju pulak, yang dimakan dirumah selalunya boleh memberi keburukan sebab mungkin dah dicemari dengan bakteria Salmonella sp. yang mana bukan je penyebab sakit perut tapi juga boleh menyebabkan keguguran bayi. Kepada ibu-ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk makan keju ketika hamil.

Aiskrim. Lori aiskrim yang dicemari bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit adalah punca kepada masalah ini. Hati-hati ketika membeli aiskrim yang dijual oleh penjaja yang menaiki motorsikal.

Tomato pula senang tercemar sewaktu berada kat pasar. Tapi jika dirumah pastikan tomato tu disimpan dalam peti sejuk serta merta. Jangan biarkan bakteria yang ada terus membiak.

Taugeh. Secara praktiknya taugeh memang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak kerana sumber protein yang banyak. Tapi senang tercemar. Bakteria senang membiak ketika di kebun kerana sumber air dan keadaan sekitarnya.

Strawberry. Pernah dikaitkan dengan Hepatitis di Mexico kerana tercemar.

Kesemua makanan yang disenaraikan hanyalah sebahagiaan daripada sumber makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Tidak semestinya makanan yang lain tidak mendatangkan keburukan. Kesemua makanan diatas senang untuk tercemar. Pastikan korang betul-betul jaga kebersihan diri dan juga sekitar. Untuk mengatasi keracunan makanan, pastikan makanan tu sentiasa terjaga dan tidak tercemar dari kotoran. Pastikan kalau sebelum masak, basuh tangan dengan bersih dan sentiasa bersihkan dapur korang tu :)


erk, sebenaqnye, post ni dah tulis minggu lepas lagi. Tapi akibat telalu bizi :P , sampai lupe nak publish post ni! Haish...

Ok. Sampai sini dulu Karangan Keracunan Makanan daripada saya. Huhuhu ^^ Selamat Membaca. Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, jangan lupa klik LIKE ! ;)


.

Cerita Lain :

Komen Menggunakan Facebook


7 comments:

Lagi Cerita Menarik :

Copyright Amim Blog