Salam and Selamat Sejahtera . Hari ni Amim nak buat post mengenai satu Cara Buat Duit yang Paling Senang . Tak caya ke ? Kalau tak caya , jom baca . Confirm lepas ni korang semua dah boleh buat
Oklah . Sebelum tu , biar Amim terangkan serba sedikit mengenai cara buat duit ni . Ianya di panggil Fiverr. Fiverr ni adalah satu tempat di mana orang boleh membeli dan menjual bermacam-macam jenis servis . Memang banyak servis yang di tawarkan kat Fiverr . Kesemua servis kat sini bernilai $5 . Kalau duit Malaysia lebih kurang dalam RM15 laa .
*kalau korang nak beli apa-apa servis kat Fiverr ni pun, tak ada masalah . :) Tapi kat sini Amim nak terangkan sikit cara korang nak buat duit dengan mudahnya kat Fiverr ni .
Baiklah , sebenarnya sebelum ni Amim dah buat post pasal Fiverr ni. Korang boleh baca post yang dulu tu tapi simple saja. Post Buat Duit Dengan Fiverr .
Oklah . Pendek cerita , cara untuk korang buat duit dengan Fiverr ni ialah korang boleh tawarkan APA SAHAJA YANG KORANG PANDAI BUAT !
Maknanya kat sini , kalau korang minat sangat gunakan photoshop , boleh tawarkan servis kat sini . Tawarkan la servis design banner ke , header ke , and sewaktu dengannya lah .
Tak pun , korang minat buat blog . So , korang boleh tawarkan servis buat blog . Dan apa sahaja yang korang minat , boleh tawarkan dalam ni . Confirm dapat duit .
Kalau korang kreatif , lagi best . Korang boleh buat sesuatu yang kreatif untuk tawarkan servis dalam ni . Yolaaa . Apa-apa je korang boleh tawarkan . Tak caya ke ? Hahaha . Kalau tak caya , teruskan baca yee .

Cuba tengok gambar kat atas ni . Orang yang membuat ni , dia menggunakan kreativinya . Dia tawarkan gambar 3 jari yang funny and unik untuk siapa-siapa yang berminat . Kalau korang ada kreativiti macam ni , apa lagi ?? Cuba lahh buat . Masyukkkk $$$$
*nampak tak smiley yang senyum tu ? Sebelah tu angka 64 kan ? Bermakna dah ada 64 orang yang order benda ni . So total pendapatan dia ialah 64 x $4 = $256 . Kalau di tukar dalam matawang Malaysia lebih kurang RM768 .. Wowwww . Buat sesuatu hanya gunakan jari dah boleh dapat RM768 . Mudah bukan ? Sebab tu Amim kata Budak Sekolah pun boleh buat .

Macam mana pulak dengan gambar kat atas ni ? Dia ni menawarkan menulis perkataan atas kukunya . Order setakat ini dia dah dapat 13 order = RM156

Atas ni pun kreatif jugak . Dia menawarkan servis buat tulisan dalam sup . Unik kan ? Korang pun boleh cuba mengikut kreativiti korang ok .

Budak atas ni pun hebat . Dia menawarkan servis bercakap apa sahaja yang kita mahukan dan dia akan cakap sambil membuat 'surf' . Terbaik lah ..

Ok. Yang atas ni pun terbaik jugak . Tengok je lah order yang dia dapat . RM2316 . Arghhhh . Jelousnyaa..

Ok . Itu adalah contoh-contoh yang Amim ambil kat Fiverr tu . Ada banyak lagi servis-servis yang menarik kat sana . Korang boleh daftar kat sana dan cuba tawarkan apa yang minat . Lamanweb ialah Fiverr.com . Sangat mudah nak buat duit kan . Amim tak nak cakap kosong . Tengok pulak gambar kat bawah ni . Ini adalah pendapatan Amim melalui Fiverr ni . Total = RM564 (tak sampai sebulan pun)

Cuba korang tengok gambar ni betul-betul , tengok pada tarikhnya . Kebanyakannya Amim dapat banyak order dalam satu hari . Dan setiap hari ada order . Bayangkan kalau korang sendiri boleh buat macam ni . Best kan . Apa yang Amim tawarkan ? Hehehe . Adeeelahhh :P
Apa yang korang perlu buat ialah pergi ke lamanweb Fiverr , daftar , lepas tu tawarkan seseuatu mengikut kebolehan korang tu . Dan start lah buat duit :D
So starting to make money with fiverr Now !! :D ( Hohoho . speaking pulak . ntah betul ke tak ntah ayat tu . Hahaha )
*oleh kerana jual beli dalam Fiverr ni dalam nilai USD , maka korang perlulah mempunyai akaun Paypal untuk menerima duit USD ini . Setelah transfer duit dari Fiverr ke Paypal , maka barulah boleh transfer ke bank tempatan seperti Maybank , CIMB dan lain2. :)
Kalau korang rasa post ni bermanfaat ? So jangan lupa klik like ! Thanks :)
.
siyez nice ^^ na wat apa ek ? na daftar ni~ hahaha
try la pikir ape2 yang best :)
amim buat sal ape?? menarik jugak ni :)
hehe . adeelaaa. rahsia :P
Cube la buat ape2 . memang menarik :)
Nice idea ! ;)
of course . try la ;D
kalau ade orang order, kite kene buat then hantar kat org yg amik order ke? maknenye kite kene kuarkan duit utk buat order pastu dapat duit???!!!!
No. Kita tak perlu keluarkan duit pun.
Mereka akan bayar ke fiverr, then fiverr akan hold kan dulu duit bayaran tu . So kita kena siapkan dulu kerja tu dan hantar pada orang tu . Kemudian, baru lah fiverr akan bagi kita duit tu :)
Kita just buat servis untuk mereka contohnya seperti yang saya ada tunjuk kat post atas ni , atau buat la apa2 hobi yang awak suka . You boleh tengok kat fiverr macam2 jenis servis mereka tawarkan .
just sent gambar je ke, barangnyer?
yup . hantar gambar je .
bergantung la servis apa yang kita buat . kalau macam contoh kat atas yang saya tunjuk tu , dia akan hantar gambar . ada jugak , orang yang buat servis dalam bentuk video , so dia hantar video . kalau kita tawarkan servis design, kita hantar la design tu . :)
ooh...ok thanks a lot.
klau mcm tu kte just hntar gambar tu kat email diorang lah kan2...
ye . kita akan hantar hasil kerja kita tu pada pembeli . tapi bukan kat email diorang . tapi kat Order Page yang disediakan dalam fiverr tu nanti :)
emmm...dah fhm pown skrang.thanks a lot 4 information and thanks cause layan my question.sorry sbb banyak tanye hi...hi...thnks again.
ok no problem ;)
Cuba lah . memang best :)
nak tanya lagi boleh? nape kat situ ada tulis 'Title contains illegal characters' masa nak save gig yang baru buat? why why why...
mungkin sebab ada tulis perkataan yang tak dibolehkan kat title tu. mungkin ada simbol atau apa2 yang lain. cuba ubah dan save balik.
macam best je ni..nak cuba gak la..tapi xtau lg nak buat servis ape..huhuu
macam2 idea kita boleh dapat . cuba lah fikir ;)
Xboleh save sb tag tu kurang dr 3 tp bila taip dia padam sdri huhuhu
aah tag tu kena banyak sikit. cuba la letak beberapa lagi. lagi banyak tag lagi bagus supaya orang dapat jumpa kita punya gig.
mkin mantap artikelnya
semoga kedepannya makin sukses
good perfect
Mcm best ni.. nak bt apa, nak bt apa ni..huhu
paypal tu nk kna daftar kn??akaun sndiri xleh ke>sbab dy kt x ckup umur..
Aiman, yup. Akaun paypal tu kena register dan 18 tahun ke atas. kalau tak cukup umur, mungkin boleh guna akaun paypal ahli keluarga yang lain :)
Nk tnya, klau kita hntr gmbr kt sini, then klau ad org nk order, so kita yg kena post ke ?