Story Best !


Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day


Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di seluruh Malaysia.. Tanpa ibu, siapalah kita. Hari ini, 09 Mei 2010, atau lebih tepat lagi pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei, adalah Hari Ibu di Malaysia. Ibu adalah segala-galanya. Kita hendaklah menghargai jasa2 ibu kita yg telah banyak berkorban untuk kita dari kecil hingga dewasa. Hargailah pengorbanan & jasa mereka.

Apakah hadiah yang best untuk diberikan untuk mom kita? fikir
Sebenarnya, bukanlah wang ringgit, hadiah mahal2 atau ape pun.

Apa yg kita boleh bagi adalah sepereti memberi kasih sayang kt mereka supaya dapat membalas kasih sayang diorang & mendoakan kesejahteraan mereka.

Selain tu, kite jugak boleh meluangkan masa bersama-sama. Yela. Ade sesetengahnya, tinggal berasingan dengan ibu nya kerana kerja ditempat lain atau belajar. Jadi, bile dapat bersama2 dgn mereka, mesti mereka gembira menatap wajah anaknya..

jangan lupe gak utk mendoakan kebaikan untuk ibu & bapa juga.. Amalan mendoakan
kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Walaubagaimanapun, hari ibu tahun ni xdapat saya sambut untuk my mother kerana mom telah pun meninggal dunia pada bulan Februari lepas. sedih Sedih rasaya.. Kebiasaanya, pada hari ibu, saya akan peluk & cium & wish happy mothers day to my mom.. Tahun ni, xdapat buat macam tu lagi.. Semoga mama di sana tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Aminn..

Hargailah ibu anda sementara mereka masih ada lagi..

Cerita Lain :

Komen Menggunakan Facebook


0 comments:

Lagi Cerita Menarik :

Copyright Amim Blog