Story Best !


Wednesday, June 29, 2011

Jangan Mudah Berputus Asa


Post untuk kali ini adalah review saya mengenai satu artikel daripada blog rakan internet saya iaitu dari blog Rahsia Raja Lelong. Ianya sebuah artikel yang menarik dan menyebabkan saya ingin menulis review mengenai artikel tersebut.


Saya pasti ramai yang mudah berputus asa bila melakukan sesutu kerja. Sehinggakan ada yang tidak mahu melakukan terus kerja tersebut dan tidak mahu mencubanya sekali lagi. Sifat tidak mudah berputus asa sepatutnya diterapkan dalam setiap diri individu kerana ia adalah sifat yang sangat mulia kerana sifat ini juga ada pada Nabi Muhammad S.A.W..

Contoh yang boleh saya lihat masa kini, ramai yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan internet kerana mereka sedar bahawa luasnya pasaran internet ni. Tetapi sangat-sangat ramai yang mudah berputus asa apabila gagal menjana sebarang pendapatan melalui internet. Saya sendiri pernah berputus asa kerana kecewa tidak mendapat sebarang hasil setelah berhempas pulas mencubanya. Tetapi saya yakin dengan sifat yang tidak mudah berputus asa, kita akan berjaya suatu hari nanti. Kini, saya sendiri yakin dengan apa yang saya buat kerana saya tidak berputus asa walaupun gagal membuat sesuatu pekerjaan tu.



Kelemahan orang yang suka berputus asa ini adalah cepat mengalah dan malas mencuba lagi. Apa yang meraka mahu adalah suatu keajaiban goyang kaki dan duit masuk. Mereka beranggapan sesuatu kerja itu mudah dan hanya menanti 'durian runtuh'..

Saya sangat bersetuju dengan penulis artikel Jangan Mudah Berputus Asa iaitu saudara Eruwan Gerry.
Walaupun strategi menjana pendapatan daripada internet adalah lebih mudah daripada menjalankan perniagaan konvensional, ianya tidak 100% mudah seperti apa yang ramai orang sangkakan.

Walau semudah mana pun yang kita sangkakan, sebenarnya banyak lagi yang perlu kita pelajari tentang selok belok perniagaan. Ramai yang beranggapan bahawa jika ianya mudah, maka tidak perlu lagi untuk mengeluarkan sebarang kos untuk meningkatkan perniagaan mereka. Jika tanggapan mereka seperti itu, mereka SALAH!

Artikel ini serba sedikit memberikan saya sedikit motivasi supaya tidak mudah berputus asa kerana saya juga pernah berputus asa pada permulaan saya ingin belajar perniagaan internet. Hasil penulisan artikel sebegini menyebabkan keinginan saya untuk meneruskan lagi pembelajaran mengenainya.

Jika anda ingin melihat artikel penuh yang ditulis oleh saudara Eruwan Gerry, anda boleh pergi ke pautan ini. Jangan Mudah Berputus Asa :)

Saya sentiasa mengikuti update terkini artikel-artikel di blog tersebut kerana banyak info yang menarik di kongsikan. Banyak tips dan panduan perniagaan internet yang sentiasa dikongsikan..

Akhir sekali, saya ingin mengajak anda semua termasuk diri saya sendiri supaya menerapkan sifat tidak berputus asa ini. Biar apa pun rintangan dan halangan yang bakal kita hadapi di dalam dunia perniagaan internet. InsyaAllah kejayaan adalah milik kita.

Pautan Link Artikel Jangan Mudah Berputus Asa Dari Blog Rahsia Raja Lelong
http://rahsiarajalelong.com/blog/pemasaran-internet/jangan-mudah-berputus-asa/


.

Cerita Lain :

Komen Menggunakan Facebook


2 comments:

Lagi Cerita Menarik :

Copyright Amim Blog