Story Best !


Monday, November 18, 2013

Warna Perniagaan Yang Terbaik

warna+perniagaan
Warna perniagaan adalah amat penting dalam memenuhi corak perniagaan, kesinambungan dan pencetus idea. Tahukah anda warna sebenarnya boleh memberi kesan yang mendalam kepada pengunjung?




Warna Perniagaan

Sekiranya anda ditanya apakah jenama perniagaan popular yang berwarna merah? Apakah yang akan terlintas difikiran anda? Sudah tentu fikiran anda akan terus memikirkan jenama seperti Coca Cola, dan juga Hotlink. Bagaimana pula jika ditanya jenama yang berwarna jingga? Sudah tentu anda akan terfikirkan jenama seperti U Mobile, Amazon ataupun Blogger. Begitu juga warna hijau yang melambangkan Mint, Maxis, dan Starbucks. Warna biru pula melambangkan Facebook, Celcom dan juga Skype. Apabila kita membuat logo, atau memilih warna perniagaan, pilihlah dengan bijak supaya perniagaan kita mudah diingat oleh orang ramai. Yang lebih penting lagi adalah bakal pelanggan anda.
Bagi pemilihan warna perniagaan yang sesuai untuk laman web pula, seelok-eloknya cari warna-warna yang pucat dan lembut kerana warna jenis ini akan mencetuskan perasaan tenang dan selesa. Elakkan daripada menggunakan warna-warna terang dan gelap. Cuba lihat contoh-contoh laman web merchant seperti ebay.com misalnya.

Warna Perniagaan

warna-perniagaan
Namun begitu, pemilihan warna perniagaan adalah mengikut peringkat umur. Jika sasaran pengunjung laman web adalah lelaki, pilihlah warna-warna yang garang manakala warna lembut pula bagi wanita. Jika laman web anda fokus kepada kanak-kanak, pilih warna-warna yang terang.
Mari kita lihat pula definisi yang lebih mendalam mengenai warna-warna asas yang mungkin anda boleh gunakan untuk warna perniagaan anda.
Merah – Ketegasan, menarik dan keberanian
Dalam perniagaan, merah amat penting kerana ia akan menampakkan perniagaan tersebut lebih berani dalam memajukan bisnesnya ke tahap yang lebih tinggi. Ia tidak kira sama ada dalam bentuk pelaburan mahupun perbelanjaan bisnes.
Biru – Ketenangan, aman dan sabar
Dalam perniagaan, biru akan menanggani situasi-situasi yang tegang. Biru adalah satu watak yang amat disayangi bos. Biru akan lebih matang daripada merah. Biru boleh diletakkan di ruangan utama perniagaan.
Hijau – Semulajadi, bijak dan tenang
Hijau adalah satu seni warna yang halus. Ia adalah satu kelompok warna yang bijak dalam corak pemikiran dan penyelesaian masalah. Idea hijau boleh dicetus dalam pertemuan yang genting dan kurang selesa. Hijau boleh diletakkan di ruang bilik mesyuarat, ruangan makan pelanggan dan dapur.
Kuning – Ceria, senyuman dan tawaria
Kuning satu sifat ceria, peramah, tenang dan comel. Kuning akan mencetuskan keadaan yang cantik dan mood yang ok. Kuning boleh menarik lebih ramai pelanggan dan menjadikan perniagaan kita lebih maju. Kuning akan membantu menjadi pembantu peribadi dan kerja–kerja luar. Kuning boleh diletak di ruangan utama pelanggan dan bilik mesyuarat.
Hitam – Kemegahan, kemewahan dan keunikan
Tidak dinafikan hitam dalam watak perniagaan yang semakin pesat membangun sekarang. Hitam akan melambangkan perniagaan tersebut mewah dari segi modalnya dan kreadibilinya terhadap bisnes. Keobsesan hitam akan menonjolkan perniagaan dalam bidang persaingannya dengan perniagan lain.
Putih – Kesucian,kejujurandanamanah
Putih adalah satu warna yang amat dijaga dan dihargainya. Putih akan selalu patuh kepada segala tugasan yang diberikan kepadanya. Putih boleh diletakkan di ruangan luas dan penuh dengan pekerja.
Pemilihan warna perniagaan yang bijak akan menjadikan jenama sesuatu perniagaan itu akan menjadi lebih menarik. Mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan melalui warna. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah mencari warna untuk perniagaan anda.
Dapatkan lebih banyak tips perniagaan di Resepi Kejayaan.



Cerita Lain :

Komen Menggunakan Facebook


4 comments:

Lagi Cerita Menarik :

Copyright Amim Blog