Story Best !


Friday, January 23, 2009

Shafimie @ Fimie




Hikayat Putera Shazlan - Astro Ceria



Bong - TV9



Nasi Lemak Kopi O - TV9




Iklan Merdeka Petronas - 2008


Kenapa saya letakkan video-video ini ??




Sebabnya..??
Sebabnya saye suke tgk pelakon kanak2 dalam semua video tu. Name die Shafimie atau lebih dikenali sebagai fimie. Sebab Fimie ni berlakon secara bersahaja dan semua watak yang dibawa semuanya berkesan.

Untuk pengetahuan, fimie ialah pelakon kanak-kanak yang paling saya minati. Saya mula mengenali fimie apabila menonton fimie dalam cerita Hikayat Putera Shazlan di saluran Astro. Itu pun masa kat rumah sedara. Almaklumlah, kat umah xde astro. Sedihnya.. he3..Selepas itu, saya sentiasa mengikuti perkembangan fimie. Semua cerita fimie saye tgk. Sprti bong, nasi lemak kopi O.. heheh..

Hurm, ape2 pon, korang layan jela.. :)


ni la family fimie. Mom fimie n his brother xdapat dtg coz ade hal..
yg dok kt krusi tu, kakak fimie. Namenye Finie. Cute taw.
Sape2 nk bekenaln, nnt bley r sye rekmen kan.. Ahaha ;DD


me n fimie


due2 comel .. ^.^

fimie with his psp ..

all pic capt. by
(Ahad, 25 Januari 2009)
========================================

fimie budak yang comel,
bak kate fimie :
akhbar berita harian : lebih kecil, lebih terampil,
fimie : lebih kecil, lebih comel....
hehehe...



My opinion la, Fimie seorang kanak2 yg baik. Best sangat bila dapat sembang2 dgn fimie. tak jemu langsung. Fimie ni seorang yang sangat sporting dan manja, baik hati, n tak sombong dgn sesiapa pon.. Yang paling pentingnya, fimie ni budak yang comel & cute. He3.. Comeeell sangat.. cutee abes. Fimie ni pun suka bercerita jugak. Best jugak dgr die crite mcm2. Mmg best la. Dah xtau nak ckp best mcm mne. Excited sgt. Hahaha.. Erm, Rupa2nya fimie ni suke buat magik gune kad.. Pandai jugak Fimie wat magik. Sye ade jugak rakam fimie wat magik, tapi, video nye xsempat nk upload ar .. hehehe.. Kebetulan, saye pon pandai buat magik gune kad juga. Heehhe.. So, ade la trick2 saye yang saye ajar kat die siket .. :)

Hurm, Fmly saye pun suke sgt fimie n fmly datang rumah coz fmly saye pon ske tgk fimie ni berlakon. Mom saye ckp, Fimie ni cute sgt bile tgk live, means depan mata la & sporting. Nanti, ade mase, datang la lagi ye.. Hehe .. Urm, ape2 pon, thanks to fimie n xlupe juga pada uncle n his sist.. Best sgt yang tak terhingga ..
All the best to Fimie & family.. Inilah pengalaman yang paling best best best best x terhingga.. X boleh dilupakan. Thank thanks thanks yg xterhingga..





.....THANKS UNCLE,FIMIE & FINIE.....




-- oOoppSssssss !!!!!!! --


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++





Ni Buku Ajaib Hikayat Putera Shazlan ..
Die lupe bwk balik mase datang hari tu ..
hehehe ...


(xpela.. biar la sye simpan wat kenangan je la)
^_^


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



-Cerita Tentang Fimie-
===================================================
Fimie di 'Majalah KAWAN'
(Keluaran JANUARI 2009)
===================================================


Dapatkan Sekarang Di Kedai Yang Berhampiran :)


SHAFIMIE PELAPIS BARU BIDANG LAKONAN

Wajahnya kerap muncul di kaca televisyen. Tidak kira di dalam drama untuk kanak-kanak mahupun drama yang berunsurkan kekeluargaan dan pelbagai. Namun, setiap kali lakonannya selesai ditayangkan dan dipertontonkan, pasti ada cakap-cakap mengenainya. Mereka bukan mengutuk, jauh sekali mencemuh, tetapi memuji insan kecil ini kerana bakatnya.

Shafimie Saedon atau Fimie, boleh dikatakan pelakon kanak-kanak yang tengah popular sekarang. Ada sahaja tawaran yang diberikan kepadanya lantaran keberkesanan lakonanya. Sudah pastinya dia menjadi rebutan pengarah, dan jadual sehariannya perlulah dikendalikan dengan baik.

Sentiasa ditemani keluarga tersayang terutamanya ibu, Mami Zubi, membuatkan langkah Fimie di dalam era seni ini lebih teratur dan tersusun. Selain menjadi seorang ibu yang mengambil berat, Mami Zubi turut berperanan memastikan perjalanan Fimie teratur dengan jadualnya yang padat. Malah, sewaktu ditemu bual, jadual Fimie penuh sehingga tahun hadapan !

Menurut ibunya, Fimie mula terlibat di dalam bidang seni dengan percubaannya di dalam bidang iklan pada usia yang muda iaitu enam tahun. Masih ingat tidak Iklan di mana seorang murid sekolah yang melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan? Ha, itulah iklan pertama lakonan Fimie!

Selain itu, iklan Singapura Tourism, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pakaian Hari-Hari menjadi taruhannya lantas memberi peluang kepadanya untuk terus dikenali. Malah impak lakonannya di dalam Iklan Merdeka Petronas (sebagai anak kepada watak Afdlin Shauki) sungguh hebat sehinggakan ramai yang memperkatakan tentang iklan tersebut.

Kemudiannya Fimie cuba mempertaruhkan nasibnya dengan menjadi pelakon tambahan di dalam sebuah drama. Siapa sangka, sinar bakatnya sudah menyuluh pada ketika itu.

Ditanya sikapnya di lokasi, Mami Zubi memberitahu bahawa tiada bezanya antara Fimie di dalam drama dan di luar drama. Sikapnya yang ceria dan manja itu menjadi perhatian semua krew lokasi. Bukan itu sahaja, walaupun usianya masih terlalu muda, namun ia tidak menjadi masalah apabila disuruh menghafal skrip. Menariknya, Fimie boleh mengingati skrip dengan mudah.



GURU KHAS BANTU FIMIE

Boleh dikatakan hampir sehari suntuk Fimie berada di lokasi bagi melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon. Jadi, timbullah persoalan bagaimana Fimie mengulang kaji pelajaran.
Bilakah masanya Fimie membaca? Bagaimana kedatangannya ke sekolah? Jelas Fimie yang bercita-cita menjadi pengarah suatu masa nanti, dia beruntung kerana mempunyai seorang guru yang sanggup datang ke lokasi dan mengajarnya.

Guru tersebut akan mengajar semua subjek dan turut memberi penekanan terhadap ilmu agama. Ekoran Fimie jarang datang ke sekolah, guru itu berjanji akan memberikan yang terbaik buat Fimie.

Jadi, tidak hairanlah jika Fimie masih boleh berbangga dengan keputusan peperiksaan pada tahun lepas di mana dia turut dianugerahkan Pelajar Cemerlang. Siapa sangka, kan.

CABARAN MENJADI PELAKON MUDA

Menjadi seorang pelakon memerlukan pengorbanan yang tinggi terutamanya dalam pembahagian masa. Hampir kebanyakan masa dihabiskan di lokasi. Bangun seawal 6 pagi menjadi rutin bagi kehidupan Fimie. Semuanya semata-mata untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

Walaupun kadang kala terasa penat akibat kekurangan rehat, namun Fimie tidak sekali-kali merungut akan keadaannya tersebut. Baginya, apa yang dilakukan tersebut adalah untuk mencari rezeki bagi menolong keluarga.

"Sebelum saya memilih jalan ini, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Walaupun ada yang mengatakan menjadi seorang pelakon merupakan tugas yang senang, tetapi mereka belum melaluinya sebagaimana yang saya lalui sekarang ini," jelas Fimie yang amat mengagumi cara kerja pengarah Osman Ali, Khabir Bhatia, Liza Ismail dan Din Glamor.
Bagi memastikan lakonanya nampak berkesan, Fimie akan membuat ulangkaji terhadap skrip yang diberikan. Membaca sepintas lalu dan memahami jalan cerita menjadi rahsia Fimie untuk mendalami watak yang diberikan.

Jauh di sudut hati Fimie, dia ingin melakonkan watak budak cacat atau gila dan juga 'gengster', kerana baginya, watak sedemikian boleh menguji kebolehannya serta memberikan cabaran baru kepadanya sebagai seorang pelakon.


MEMANTAPKAN MUTU LAKONAN

Saya pasti ramai yang mengenali Fimie melalui watak yang dibawa di dalam Hikayat Putera Shazlan yang disiarkan di Astro Ceria. Membawa watak utama sebagai kanak-kanak malang dan sering dibuli oleh makciknya (lakonan Abby Abadi) dan Fasha (lakonan Farhana Qismina), nama Fimie semakin menjadi sebutan.

Selain itu, Fimie turut berlakon di dalam drama bersiri Bong yang disiarkan di TV9. Membawa watak secara bersahaja menjadi bonus kepada Fimie sehinggalah dia turut dilamar untuk berlakon di dalam beberapa buah drama. Antaranya Surat Kepada Tuhan, Pelarian Nebula, Mencari Sinar Lailatul Qadar, Malam Tujuh Likur dan Seharum Kasturi. Malah bakatnya juga boleh ditonton di dalam layar perak iaitu di dalam filem Anak, Cinta dan Kabhi Kushi Kabhi Igam.

Semoga bakat Fimie akan terus dihargai di dalam dunia seni. Rugi rasanya jika mengabaikan bakat muda yang semakin sukar didapati ini. Ucapan tahniah dan semoga berjaya.




'majalah Kawan keluaran Januari 2009'


BlOG FIMIE - www.FimieDon.com

Cerita Lain :

Komen Menggunakan Facebook


2 comments:

Lagi Cerita Menarik :

Copyright Amim Blog