Story Best !


Showing posts with label pelakon cilik malaysia. Show all posts
Showing posts with label pelakon cilik malaysia. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Pelakon Cilik Terkenal, Shafimie Saedon

Ok. Post kali ni Amim nak kenal kan kat korang tentang seorang budak yang comel nie. Eh, rasanya tak payah kenal kan lagi dah sebab mesti korang semua dah kenal kan dengan pelakon cilik yang popular kat Malaysia ni kan.

Siapa lagi kalau bukan adik 'Shafimie Saedon' kita ni. Lebih dikenali sebagai FIMIE. Atau sangat2 lebih dikenali sebagai Putera Shazlan dalam lakonannya di Astro Ceria iaitu Hikayat Putera Shazlan.

Yeah, Fimie ni memang seorang kanak2 yang sangat berbakat besar. Fimie ni dah lah pandai berlakon, then, menjadi sebagai pengacara. Kalau korang tengok rancangan Nasi Lemak Kopi 0 kat TV9, tengok jelah Fimie ni mengacarakan rancangan tu macam mana. Fuhh, memang berbakat. Psst, Amim pun xpandai nk mengacara.. Huhuhu :P

Ok, bukan setakat mengacara.. tetapi pandai menyanyi jugak.. :)
Yeah.. kini Fimie telah pun mengeluarkan Album Single nya sendiri.

##==##==##==##==##==##==##==##

p/s: Pernah dengar tentang Filem Magika? Fimie akan melakonkan watak sebagai Malik di dalam filem itu yang mungkin akan ditayangkan pada bulan September nanti. Jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran ;)

Road tour Magika telah pun dijalankan di beberapa kawasan setakat ni. Apa yang Amim tau baru2 ni telah diadakan di Times Square, KL, & Perlis. Dan pada 10 Julai 2010 ini, road tour Magika akan berada di Jusco Bukit Raja, Klang.. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama2 dengan KRU dan semua pelakon Magika di sana.

(Boleh la jumpe Amim sekali kat sana.. jelir Hahaha..)


========================================


Jalan2 ngan Fimie kat cameron highland.
Boleh tgk kat sini kalau rajin :)


.

Cerita Lain :

Tuesday, March 31, 2009

Majlis Makan Malam Bersama Afiq Idola Kecil

Salam semua..

Post kali ni sepatotnye dah publish awal mase bulan Februari hari tu.. Tapi disebabkan masalah2 yg xdpt dielakkan, baru la hari ni berkesempatan untuk wat post2 ni.. So, mcm biase,kowang layaan je la.. Hihihi.. c(:
Seperti biasa, saper2 yg xkenal Afiq ni, boleh la klik kat sini dulu yer utk mengenali Afiq ni siape.. huhu.. Kalau xkenal jugak or xpuas nk tgk video Afiq, gi la tgk kat sini. Ok ! Majlis Makan Malam Bersama Afiq ni diadakan masa 28 Februari 09 hari tu di Seksyen 24 Shah Alam. Majlis ni khas untuk peminat2 Afiq terutamanya ahli2 Afiq FC. Malam tu mcm2 acara dibuat termasukla pertandingan karaoke, dan permainan.. Dan tak terlepas gak persembahan dari Afiq, Haqiem, Udin dan Didi. Krew TV9 pon ade yg datang gak. Kat bawah ni antare gambar2 yg di capture malam tuh.


InilahShafieqShazwana.k.aAfiq..


Afiqbersamakeknyeygbesar.. Afiqperformemcm2lagu

aqiempownwatpesembahangak..

Didiponsame..

nganAfiq..


nganHaqiem


AfiqnganHaqiem

nganDidi


nisebenanyegroupsyedlmpermainan'telefonburok'.
semuenyebudak2.haha.syeyghandlegrupnih.
namegroup:stiim..haha.budak2nilabgnametahape2nametah.hahah
papepon,bestargrupngnkorang.korangbest!



dizpictisUdinAfiqHaqiemDidi




.Ni Pulak Antara Video Malam Tu.
CintaTigaSegi-Afiq&Peminat

Sebenarnye banyak lagi koleksi2 gambar malam tu.. So, kalau nk tgk, boleh pegi kat http://www.afiqfc.blogspot.com/. So,InsyaAllah kami akan mengadakan lagi Majlis seperti ini dan akan buat yg lebih terbaik lagi. Cume xtaw jer bile akan dibuat lagi. Hehe. Pada yang hadir, thanks sebab sudi meriahkan lagi majlis tu.. Akhir kate, teruskan menyokong Afiq.. c(:






Cerita Lain :

Wednesday, March 25, 2009

Afiq Idola Kecil Kemalangan ?

1st of all, saye nk tanye dulu kat kowang semue.. Kenal x Afiq tu sape ? Kalau belum kenal, Afiq ni ialah peserta Rancangan Idola Kecil 2008 anjuran TV9. Kalau xkenal, tengok jela video kat bawah ni : ~



Layan~


Jatuh Cinta Lagi - Afiq
OK ! Hari ni, 25 March 2009(Rabu) saya ke rumah adik Afiq (Idola Kecil).. Sebab..

Pada 24hb iaitu hari selasa, saye terima mesej dari mama afiq mengatakan : ''semalam (23hb) Afiq accident..'' . Ha ? Tekezut bile dpt mesej tu.. Terus calling Afiq. Mane taknye.. Mggu lepas, baru jer pegi tgk sepupu kat hospital Klang sebab accident jugak. Sepupu tu accident dkt jer ngn kawasan rumah Afiq. Kesian jugak sepupu saye coz kaki patah, tulang pipi patah. Muke pun teruk jugak..

Sepupu saye naik moto n kene langgar ngn kereta... So, telantar seminggu gak la dari hospital.. Mase hari Selase 24hb tu, sepupu saye tu dah boleh balik rumah.. So, sye satu family, pegi la hospital tlg2 and ikot anta gi umah die.. Sampai petang jugak la.. So, dalam kol 5 ptg, baru la kitorang selamat sampai kat rumah.. Elok je sampai umah, terus dapat mesej dari mama Afiq tu.. tu yang tekejot.. Sepupu baru je lepas accident, ni Afiq pulak.. Adoii.. X senang ati betul.. Tu yang terus call tu.. So, xde pape..
Then, hari ni 25hb,Rabu, Saye go la uma Afiq nk tgk die camne.. Sampai kat uma Afiq, ape lagi, terus jumpe Afiq nk tgk die cmne. Alhamdulillah.. Afiq xteruk..



Ni die Afiq Chomell tu.. Huhu
Tak teruk pown, tapi kesian kat Afiq.. Cedera ditangan iaitu tangan untuk memegang microphone.. Hehe.. camne pon, Afiq menerime 6 jahitan kat tapak tangan nye dengan jayanye.. ^.^.. Dan Afiq diberikan 'MC' selama seminggu. Tapi tadi die kate boring sebb kalo kat sekola ade kawan. Afiq, Afiq... Ceritenye, mase kene jaet tu, Afiq melolong.. Yela, mane taknye.. Saket tu.. Kalu saye pon menjerit.. Hahaha..

(sebenanye tangan Afiq ni bebalot.
tapi die bukak jap nk bagi tgk.. trus la amek gmbr. hihi)
Dalam kejadian ni, Afiq naik basikal and dilanggar dengan mat motor. Maybe moto tuh laju kowt. Camni, ape yg diceritekan mama Afiq ngn Afiq sendri, Mase kejadian tu Afiq baru lepas anta member die blk uma.. Uma member die seberang jalan jew. Means, kejadian tu, depan uma Afiq jer.. So, dengan dukacitanya., Afiq dilanggar ngn moto tuh, then, jatuh n tesungkur la ke jalan..

Saye ckp r ngn Afiq, naseb bek xkne muke, kalo x, da xensem da.. Hihi.. Afiq ckp ape ? Die ckp, kalo x, memang kne muke.. tapi die tahan gne tapak tangan die.. Tu yg koyak tu teseret tangan nyer tu.. Nasib baek la jugak die tahan.. Kalo x, muke lak koyak.. Adoii.. Sian Afiq.. So, of all, Afiq ok jerw.. Cume tangannye ade jugak luke2 siket.. And after kne jaet tu, Afiq demam.. Ape2 pon, kite doakan adik Afiq ni sehat selalu.. Sblm balik, Ku pesan kpd Afiq supaye lebih berhati2 next time.. c(:

Cerita Lain :

Friday, January 23, 2009

Shafimie @ Fimie




Hikayat Putera Shazlan - Astro Ceria



Bong - TV9



Nasi Lemak Kopi O - TV9




Iklan Merdeka Petronas - 2008


Kenapa saya letakkan video-video ini ??




Sebabnya..??
Sebabnya saye suke tgk pelakon kanak2 dalam semua video tu. Name die Shafimie atau lebih dikenali sebagai fimie. Sebab Fimie ni berlakon secara bersahaja dan semua watak yang dibawa semuanya berkesan.

Untuk pengetahuan, fimie ialah pelakon kanak-kanak yang paling saya minati. Saya mula mengenali fimie apabila menonton fimie dalam cerita Hikayat Putera Shazlan di saluran Astro. Itu pun masa kat rumah sedara. Almaklumlah, kat umah xde astro. Sedihnya.. he3..Selepas itu, saya sentiasa mengikuti perkembangan fimie. Semua cerita fimie saye tgk. Sprti bong, nasi lemak kopi O.. heheh..

Hurm, ape2 pon, korang layan jela.. :)


ni la family fimie. Mom fimie n his brother xdapat dtg coz ade hal..
yg dok kt krusi tu, kakak fimie. Namenye Finie. Cute taw.
Sape2 nk bekenaln, nnt bley r sye rekmen kan.. Ahaha ;DD


me n fimie


due2 comel .. ^.^

fimie with his psp ..

all pic capt. by
(Ahad, 25 Januari 2009)
========================================

fimie budak yang comel,
bak kate fimie :
akhbar berita harian : lebih kecil, lebih terampil,
fimie : lebih kecil, lebih comel....
hehehe...



My opinion la, Fimie seorang kanak2 yg baik. Best sangat bila dapat sembang2 dgn fimie. tak jemu langsung. Fimie ni seorang yang sangat sporting dan manja, baik hati, n tak sombong dgn sesiapa pon.. Yang paling pentingnya, fimie ni budak yang comel & cute. He3.. Comeeell sangat.. cutee abes. Fimie ni pun suka bercerita jugak. Best jugak dgr die crite mcm2. Mmg best la. Dah xtau nak ckp best mcm mne. Excited sgt. Hahaha.. Erm, Rupa2nya fimie ni suke buat magik gune kad.. Pandai jugak Fimie wat magik. Sye ade jugak rakam fimie wat magik, tapi, video nye xsempat nk upload ar .. hehehe.. Kebetulan, saye pon pandai buat magik gune kad juga. Heehhe.. So, ade la trick2 saye yang saye ajar kat die siket .. :)

Hurm, Fmly saye pun suke sgt fimie n fmly datang rumah coz fmly saye pon ske tgk fimie ni berlakon. Mom saye ckp, Fimie ni cute sgt bile tgk live, means depan mata la & sporting. Nanti, ade mase, datang la lagi ye.. Hehe .. Urm, ape2 pon, thanks to fimie n xlupe juga pada uncle n his sist.. Best sgt yang tak terhingga ..
All the best to Fimie & family.. Inilah pengalaman yang paling best best best best x terhingga.. X boleh dilupakan. Thank thanks thanks yg xterhingga..





.....THANKS UNCLE,FIMIE & FINIE.....




-- oOoppSssssss !!!!!!! --


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++





Ni Buku Ajaib Hikayat Putera Shazlan ..
Die lupe bwk balik mase datang hari tu ..
hehehe ...


(xpela.. biar la sye simpan wat kenangan je la)
^_^


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



-Cerita Tentang Fimie-
===================================================
Fimie di 'Majalah KAWAN'
(Keluaran JANUARI 2009)
===================================================


Dapatkan Sekarang Di Kedai Yang Berhampiran :)


SHAFIMIE PELAPIS BARU BIDANG LAKONAN

Wajahnya kerap muncul di kaca televisyen. Tidak kira di dalam drama untuk kanak-kanak mahupun drama yang berunsurkan kekeluargaan dan pelbagai. Namun, setiap kali lakonannya selesai ditayangkan dan dipertontonkan, pasti ada cakap-cakap mengenainya. Mereka bukan mengutuk, jauh sekali mencemuh, tetapi memuji insan kecil ini kerana bakatnya.

Shafimie Saedon atau Fimie, boleh dikatakan pelakon kanak-kanak yang tengah popular sekarang. Ada sahaja tawaran yang diberikan kepadanya lantaran keberkesanan lakonanya. Sudah pastinya dia menjadi rebutan pengarah, dan jadual sehariannya perlulah dikendalikan dengan baik.

Sentiasa ditemani keluarga tersayang terutamanya ibu, Mami Zubi, membuatkan langkah Fimie di dalam era seni ini lebih teratur dan tersusun. Selain menjadi seorang ibu yang mengambil berat, Mami Zubi turut berperanan memastikan perjalanan Fimie teratur dengan jadualnya yang padat. Malah, sewaktu ditemu bual, jadual Fimie penuh sehingga tahun hadapan !

Menurut ibunya, Fimie mula terlibat di dalam bidang seni dengan percubaannya di dalam bidang iklan pada usia yang muda iaitu enam tahun. Masih ingat tidak Iklan di mana seorang murid sekolah yang melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan? Ha, itulah iklan pertama lakonan Fimie!

Selain itu, iklan Singapura Tourism, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pakaian Hari-Hari menjadi taruhannya lantas memberi peluang kepadanya untuk terus dikenali. Malah impak lakonannya di dalam Iklan Merdeka Petronas (sebagai anak kepada watak Afdlin Shauki) sungguh hebat sehinggakan ramai yang memperkatakan tentang iklan tersebut.

Kemudiannya Fimie cuba mempertaruhkan nasibnya dengan menjadi pelakon tambahan di dalam sebuah drama. Siapa sangka, sinar bakatnya sudah menyuluh pada ketika itu.

Ditanya sikapnya di lokasi, Mami Zubi memberitahu bahawa tiada bezanya antara Fimie di dalam drama dan di luar drama. Sikapnya yang ceria dan manja itu menjadi perhatian semua krew lokasi. Bukan itu sahaja, walaupun usianya masih terlalu muda, namun ia tidak menjadi masalah apabila disuruh menghafal skrip. Menariknya, Fimie boleh mengingati skrip dengan mudah.



GURU KHAS BANTU FIMIE

Boleh dikatakan hampir sehari suntuk Fimie berada di lokasi bagi melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon. Jadi, timbullah persoalan bagaimana Fimie mengulang kaji pelajaran.
Bilakah masanya Fimie membaca? Bagaimana kedatangannya ke sekolah? Jelas Fimie yang bercita-cita menjadi pengarah suatu masa nanti, dia beruntung kerana mempunyai seorang guru yang sanggup datang ke lokasi dan mengajarnya.

Guru tersebut akan mengajar semua subjek dan turut memberi penekanan terhadap ilmu agama. Ekoran Fimie jarang datang ke sekolah, guru itu berjanji akan memberikan yang terbaik buat Fimie.

Jadi, tidak hairanlah jika Fimie masih boleh berbangga dengan keputusan peperiksaan pada tahun lepas di mana dia turut dianugerahkan Pelajar Cemerlang. Siapa sangka, kan.

CABARAN MENJADI PELAKON MUDA

Menjadi seorang pelakon memerlukan pengorbanan yang tinggi terutamanya dalam pembahagian masa. Hampir kebanyakan masa dihabiskan di lokasi. Bangun seawal 6 pagi menjadi rutin bagi kehidupan Fimie. Semuanya semata-mata untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

Walaupun kadang kala terasa penat akibat kekurangan rehat, namun Fimie tidak sekali-kali merungut akan keadaannya tersebut. Baginya, apa yang dilakukan tersebut adalah untuk mencari rezeki bagi menolong keluarga.

"Sebelum saya memilih jalan ini, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Walaupun ada yang mengatakan menjadi seorang pelakon merupakan tugas yang senang, tetapi mereka belum melaluinya sebagaimana yang saya lalui sekarang ini," jelas Fimie yang amat mengagumi cara kerja pengarah Osman Ali, Khabir Bhatia, Liza Ismail dan Din Glamor.
Bagi memastikan lakonanya nampak berkesan, Fimie akan membuat ulangkaji terhadap skrip yang diberikan. Membaca sepintas lalu dan memahami jalan cerita menjadi rahsia Fimie untuk mendalami watak yang diberikan.

Jauh di sudut hati Fimie, dia ingin melakonkan watak budak cacat atau gila dan juga 'gengster', kerana baginya, watak sedemikian boleh menguji kebolehannya serta memberikan cabaran baru kepadanya sebagai seorang pelakon.


MEMANTAPKAN MUTU LAKONAN

Saya pasti ramai yang mengenali Fimie melalui watak yang dibawa di dalam Hikayat Putera Shazlan yang disiarkan di Astro Ceria. Membawa watak utama sebagai kanak-kanak malang dan sering dibuli oleh makciknya (lakonan Abby Abadi) dan Fasha (lakonan Farhana Qismina), nama Fimie semakin menjadi sebutan.

Selain itu, Fimie turut berlakon di dalam drama bersiri Bong yang disiarkan di TV9. Membawa watak secara bersahaja menjadi bonus kepada Fimie sehinggalah dia turut dilamar untuk berlakon di dalam beberapa buah drama. Antaranya Surat Kepada Tuhan, Pelarian Nebula, Mencari Sinar Lailatul Qadar, Malam Tujuh Likur dan Seharum Kasturi. Malah bakatnya juga boleh ditonton di dalam layar perak iaitu di dalam filem Anak, Cinta dan Kabhi Kushi Kabhi Igam.

Semoga bakat Fimie akan terus dihargai di dalam dunia seni. Rugi rasanya jika mengabaikan bakat muda yang semakin sukar didapati ini. Ucapan tahniah dan semoga berjaya.




'majalah Kawan keluaran Januari 2009'


BlOG FIMIE - www.FimieDon.com

Cerita Lain :

Copyright Amim Blog