Story Best !


Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Nahas Bas : 27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highland terbunuh













SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI

# 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

# 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

# 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

# 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

# 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

# 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

# 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

# 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

# 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

# 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

# 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


INFO

Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Rakyat Malaysia


1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)


Rakyat Thailand (lelaki)

3. Poonporn Poolsaeng, 41
4. Charcart Knagsuwan, 48
5. Sumruay Swatphet, 48
6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
7. Thitisak Pongtanarat, 51
8. Ekachai Na Banexane, 64
9. Phayone Krujinli, 49
10. Weera Chungtanagon


Rakyat Thailand (wanita)

11. Natkritta Poolsaeng, 6
12. Thanyarat Poolseng, 36
13. Achara Wiwati, 36
14. Nutthiya Inyim, 50
15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
16. Sunchanchira Chaigueai, 40
17. Sriwai Swatphet, 42
18. Priya Prassakul Chai, 38
19. Chutima Throukooi, 25
20. Junpen Pongtanarat, 50
21. Mantana Phromduang, 51
22. Maliwan Mekmahaprom, 53
23. Ampaiwan Thianhtham, 50
24. Isariya Thiangtham, 25
25. Darunee Songsern
26. Rung Da
27. Areena Songserm



Sumber : Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online, Kosmo Online




.

Cerita Lain :

Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS berhampiran Simpang Ampat,Melaka

Tragedi 10.10.10 yang menyayat hati.. Sedih bila dengar tentang berita sebegini lagi. Rasanya tiap tahun ade je berita mengenai bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan ngeri seperti ni... Kemalangan maut pulak tu. Seperti yang korang semua, kemalangan ni berlaku kat lebuhraya PLUS berhampiran dengan Simpang Ampat, Melaka.

Apa yang diceritakan, pemandu bas ni gagal mengawal basnya menyebabkan bas tu terbabas ke seberang jalan yang bertentangan. Bas ni melanggar sebuah van dan sebuah kereta , lepas tu menghempap dua buah kereta lagi. Dan sebuah bas lagi yang menghala ke kawasan tersebut gagal mengelak dan melanggar bas yang terbabas tadi. 12 maut dan 40 lagi cedera.. Em, ape2 pun, Amim ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.. :(







Jom usha gambar2 kat bawah ni; tapi kalau korang ade sakit jantung dan lemah semangat, jangan tengok k...



Keadaan di tempat kejadian



kemalangan yang terlibat



satu kereta yang terlibat.. remuk habis :(



ngeri tengok yang nie



Mangsa2 yang cedera diberi bantuan



Kereta yang dihempap. kereta Myvi.




Mangsa yang tercepit.. :(









.

Cerita Lain :

Friday, August 21, 2009

Kemalangan Yang Tak Di Duga

21/08/09


HARI NI AKU EKSIDEN ! KEPALA JUST TERANTOK KAT STERING NGAN TANGAN BELAH KANAN TERSELIUH. AKU NAIK KETE WIRA AND KENE LANGGAR NGAN STORM and FORD RANGER .. nk tahu lebih lanjut.. tunggu nnt aku update pasal cerita ni..


=================================

ok. ni UPDATE aku. Smlm nk tulis x larat..


Pengalaman Yang Agak Pahit Gak La..

Pada 21/08/09, jam 8.00 pagi, aku eksiden kat jalan Kuang, Sungai Buloh. Mase tu, dari rumah nk pegi ke college.. Yang paling sedihnya, kereta ni baru je aku beli 2 bulan. Tibe2 eksiden pulak tambahan lagi depan ngn belakang hancur giler. Nanges xnanges la.. Adoi.. Dahla nk puasa...



Ni la kete aku.. Adoii..


Ni view dari depan lak..



Urm, bayangkan la. Yang langgar aku storm dgn Ford ranger. Besar woo..

yang storm ni yang langgar aku. tgk la. kete aku hancur belakang. kete die, lawa je lagi.. geram betul. dah la aku xbesalah. tibe2 nk langgar. Sebenanya aku tgh berenti dlm jem.. so, tgh dlm jem tu, tibe2 ade org langgar blkg aku. Ape lagi, tecampak ke depan beb aku.. kepala terantok kat stering. Cube korang bayangkan kalau ade orang tolak korang dari belakang kuat2. mcm mane tengkok korang.. mcm nk patah.. camtu la. tengkok aku ngn tangan kanan aku teseliuh. nk pusing kepala sikit pun susah. sakit giler.. pastu aku pitam jap. dlm 2-3 minit kot. baru sedar sikit.. Pastu terus kol mak aku. Adoii.. sakit woo. nasib baek ade sorang pakcik tu tolong aku.. yelaa. aku xpena eksiden. ni 1st time aku eksiden. menggeleletar giler mase tu. trauma sudehh..




ramai gak yg datang kat aku. yg langgar aku pon dtg skali kat aku . diorang calm down kan aku..
huh.. mmg takot giler mase tu.. da la baru beli kete. kete plak hancur.. hadoih.. so, da lame siket, polis pon datang and setel kan masalah semua. Then, polis tu suroh aku gi report kat balai.. ade sorang pakcik tu tolong bawak aku. die baik giler.. so, aku wat report kat balai polis kat kota damansara.. so, sekarang semua kerosakan kereta aku, ditanggung 100% ngn orang yang langgar aku tu.. hurm.. tula..














p/s : korang ade yg pena kene eksiden ? kongsi la cerita eksiden korang.. tulis kat komen.. bole kite cerita pengalaman kite kann utk kongsi :)


Cerita Lain :

Copyright Amim Blog