Story Best !


Showing posts with label kemalangan yang tak diingini. Show all posts
Showing posts with label kemalangan yang tak diingini. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Tak sangka budak ni dah meninggal ...

Memang tak sangka bila dapat tahu dia sudah meninggal . Mohamad Amirul Shafie namanya. Amim pernah berkomen2 dengan budak(arwah) ni di Myspace sebelum ni.. around bulan mei or jun 2010 macam tu la..

Malam tadi , terjumpa facebook kawan dia. Amim bagi mesej and tanya dia kenal x budak nama Mohamad Amirul Shafie ? Dia balas: Dia dah meninggal lah baru2 ni..

Whats ? Seriously tekejut giler. Then dia suruh search kat youtube ade berita tentang budak ni. Search punya search , memang betul . Mohamad Amirul Shafie sudah pun meninggal dunia. Julai 2010 . Kira baru je ni . Patutlah dia x balas mesej kat Myspace tu.

Bila tengok video ni , sedih tengok keadaan maknya . Apa2 pun takziah untuk keluarga arwah dan semoga tabah menempuh dugaan ni.

Amim doakan semoga Arwah ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman. Aminn..
Al-Fatihah..



Video - myMetro


KUALA LUMPUR: Mayat seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah parit besar berhampiran Kolam Kumbahan di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini petang semalam ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat Mohamad Amirul Shafie Zulkifli ditemui sepasukan anggota bomba dan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari.

"Mangsa yang bermain bola bersama tiga lagi rakannya tergelincir apabila cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam parit itu petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, tiga lagi rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal dan hanya mampu melihat mangsa tenggelam sebelum menjerit meminta pertolongan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohd Nasir Abd Ghani berkata, operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat Sungai Buloh, Shah Alam dan Petaling Jaya serta dibantu oleh anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau berkata, mayat Mohamad Amirul dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.-Bernama

26 Jul 2010


Maut gara–gara bola

SUNGAI BULOH – Mayat pelajar Tingkatan 1 SMK Sungai Buloh, Muhammad Amirul Shafie Zulkifli, 13, yang lemas ditemui pasukan penyelamat jam 12.30 hari semalam 800 meter daripada tempatnya terjatuh.

Mayat ditemui tersangkut pada celah konkrit dan pasukan penyelamat mengambil masa setengah jam untuk membawa mayat mangsa keluar dari sungai.

Ketua Balai Bomba Sungai Buloh, Nasir Abdul Ghani berkata, anggotanya terpaksa memecahkan konkrit bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.

"Mangsa dibawa arus deras dan tersangkut pada celah konkrit di dasar sungai,” katanya.

Seramai 45 anggota terdiri daripada bomba, polis, JPA 3 dan Majlis Bandaraya Shah Alam terlibat dalam operasi yang dimulakan sejak petang kelmarin.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, mangsa dikatakan tergelincir setelah cuba mengambil bola yang terapung di dalam longkang.

"Ada dua biji bola, satu dia sempat kaut dan campak ke darat. Bagaimanapun, ketika cuba hendak mengambil satu biji bola lagi dia tergelincir,” katanya.

Beberapa saksi turut melihat tangan mangsa terkapai-kapai selama beberapa minit sebelum hilang dibawa arus deras.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kes sebagai mati mengejut.

"Mangsa mati akibat lemas dan kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor yang hadir turut menghulurkan sumbangan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Turut hadir melawat keluarga mangsa, Ketua Angkatan Muda Keadilan Subang, Muhammad Najmi Samsudin dan Yang diPertua Pas Kawasan Subang Mesni Dahalan.

Sinar Harian
27 Jul 2010





.

Cerita Lain :

Friday, October 29, 2010

Bulan Ni Memang Sakit


Lesen P


Hai all..

Amim just nak story sikit... Almaklumlah dah lame x bercerita kat blog ni.. Sebabnya malas nk update.. huhu..

Bulan ape yang sakit? Xde... sebenarnya Amim nk story sikit, bulan ni Amim memang sakit.. Tang mana sakitnya? Tang poket laa... Hehe.. Sebabnya bulan ni roadtax kereta mati. Adushh.. Memang kering gile bulan ni. Nak idupkan bukan murah. betul x? Sape yang dah pakai kereta mesti tau kan! Lagi2 Amim ni masih study & x bekerja lagi. Jadi, bila time2 macam ni yang rasa sakit ni.. Tapi tu lah kan orang kate, kalau nk pakai kereta ni, kena berani. Dengan maintanance tiap bulan lagi, minyaknya lagi.. Perghhhh.... ^^

Dan bulan ni juga lesen P Amim dah abis dah.. Lepas ni P tu dah boleh simpan dalam dashboard dah... Hehehe ;)

Apa2 pun, hati2 di jalan raya... ;)
Tapi yang sedihnya kadang2 kita dah cukup berhati2, cuma orang lain yang eksiden sampai melibatkan kita sekali :(

p/s: Alamak! Final exam dah nk dekat nie.. Pening2..




.

Cerita Lain :

Friday, August 21, 2009

Kemalangan Yang Tak Di Duga

21/08/09


HARI NI AKU EKSIDEN ! KEPALA JUST TERANTOK KAT STERING NGAN TANGAN BELAH KANAN TERSELIUH. AKU NAIK KETE WIRA AND KENE LANGGAR NGAN STORM and FORD RANGER .. nk tahu lebih lanjut.. tunggu nnt aku update pasal cerita ni..


=================================

ok. ni UPDATE aku. Smlm nk tulis x larat..


Pengalaman Yang Agak Pahit Gak La..

Pada 21/08/09, jam 8.00 pagi, aku eksiden kat jalan Kuang, Sungai Buloh. Mase tu, dari rumah nk pegi ke college.. Yang paling sedihnya, kereta ni baru je aku beli 2 bulan. Tibe2 eksiden pulak tambahan lagi depan ngn belakang hancur giler. Nanges xnanges la.. Adoi.. Dahla nk puasa...



Ni la kete aku.. Adoii..


Ni view dari depan lak..



Urm, bayangkan la. Yang langgar aku storm dgn Ford ranger. Besar woo..

yang storm ni yang langgar aku. tgk la. kete aku hancur belakang. kete die, lawa je lagi.. geram betul. dah la aku xbesalah. tibe2 nk langgar. Sebenanya aku tgh berenti dlm jem.. so, tgh dlm jem tu, tibe2 ade org langgar blkg aku. Ape lagi, tecampak ke depan beb aku.. kepala terantok kat stering. Cube korang bayangkan kalau ade orang tolak korang dari belakang kuat2. mcm mane tengkok korang.. mcm nk patah.. camtu la. tengkok aku ngn tangan kanan aku teseliuh. nk pusing kepala sikit pun susah. sakit giler.. pastu aku pitam jap. dlm 2-3 minit kot. baru sedar sikit.. Pastu terus kol mak aku. Adoii.. sakit woo. nasib baek ade sorang pakcik tu tolong aku.. yelaa. aku xpena eksiden. ni 1st time aku eksiden. menggeleletar giler mase tu. trauma sudehh..




ramai gak yg datang kat aku. yg langgar aku pon dtg skali kat aku . diorang calm down kan aku..
huh.. mmg takot giler mase tu.. da la baru beli kete. kete plak hancur.. hadoih.. so, da lame siket, polis pon datang and setel kan masalah semua. Then, polis tu suroh aku gi report kat balai.. ade sorang pakcik tu tolong bawak aku. die baik giler.. so, aku wat report kat balai polis kat kota damansara.. so, sekarang semua kerosakan kereta aku, ditanggung 100% ngn orang yang langgar aku tu.. hurm.. tula..














p/s : korang ade yg pena kene eksiden ? kongsi la cerita eksiden korang.. tulis kat komen.. bole kite cerita pengalaman kite kann utk kongsi :)


Cerita Lain :

Copyright Amim Blog